Kuala Lumpur Convention Centre – Lembaran diari penyelidikan dan inovasi bagi tahun 2011 dibuka dengan catatan kegemilangan apabila Penyelidik UTHM berjaya membuktikan keupayaan dalam menghasilkan penyelidikan yang mempunyai potensi untuk dikomersilkan dengan kejayaan meraih 14 PINGAT dalam Malaysia Technology Expo 2011 yang telah dianjurkan mulai 17 hingga 19 Februari 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Selain daripada IPT, pusat penyelidikan dan agensi tempatan, pameran ini turut melibatkan penyertaan luar negara seperti Croatia, Korea, Iran, Arab Saudi dan lain-lain lagi. Keseluruhan 12 produk hasil penyelidikan dan inovasi UTHM yang menyertai 10th Malaysia Invention and Innovation Awards yang diadakan sempena pameran ini berlangsung telah berjaya menggondol 2 pingat EMAS, 6 pingat PERAK, 4 pingat GANGSA dan 2 SPECIAL AWARD. Produk NiACom, hasil penyelidikan yang diketuai oleh En. Mohd Fadel bin Alwi (FKEE) telah berjaya memenangi pingat EMAS dan juga hadiah SPECIAL AWARD yang menawarkan wang tunai RM 1,000.00. Selain itu, produk ‘Novel Reflectarray Antenna Design With Combined Variable Slot Configurations’ hasil penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Muhammad Yusof bin Ismail (FKEE) turut berjaya menggondol pingat Emas. Selain itu, produk penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Anika Zafiah binti Mohd Rus (FKMP) iaitu ‘Versatile Bio-Polymer from Waste Cooking Oil (BIO-WOP)’ berjaya memenangi pingat PERAK dan juga turut menarik perhatian juri untuk kategori pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya memenangi FOREIGN SPECIAL AWARD – INTERNATIONAL IRANIAN INNOVATORS ELITES INSTITUTE (IIIEI), IRAN. Sesungguhnya, motivasi dan dorongan yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi UTHM kepada para penyelidik turut menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan ini. Kesudian Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor UTHM untuk hadir bertemu dengan penyelidik UTHM pada hari pertama pameran ini berlangsung serta komitmen dan sokongan yang dipamerkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pengarah serta Timbalan Pengarah, Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi untuk berada bersama-sama dengan para penyelidik sepanjang tempoh berlangsungnya pameran ini telah berjaya menyuntik semangat dan keyakinan yang sangat tinggi kepada penyelidik. |
Petals in my Path
Wednesday, 10 August 2011
Achievements of UTHM at the recent Malaysian Technology Expo (MTE 2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment